Showing posts with label Pertubuhan Kimaragang Malaysia. Show all posts

Monday, 21 November 2011

KOMULAKAN KIMARAGANG MALAYSIA TETAPKAN HALA TUJU

Posted by NONG at 07:35 0 comments

Komulakan Kimaragang tetapkan hala tuju:
Salimandut : 20/11/2011.
Komulakan Kimaragang Malaysia berjaya menetapkan hala tujunya bagi tempoh 2012-2016. Demikian dinyatakan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Yang Berbahagia Dr.Haji Janathan Kandok. Menurut beliau, Bengkel Komulakan Kimaragang Malaysia yang diadakan selama 2 hari telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh 145 orang peserta untuk menetapkan Visi Komulakan Kimaragang iaitu menjadikan wilayah kimaragang pengeluar utama hasil pertanian, penternakan, perikanan dan industri pelancongan di Wilayah Kimaragang.
Bengkel tersebut juga telah menghasilkan 3 resolusi iaitu:

a) Menubuhkan koperasi yang menguruskan pembangunan tanah bagi menjadikan wilayah kimaragang pengeluar hasil – hasil pertanian, penternakan, perikanan dan destinasi pelancongan yang utama di negeri sabah.

b) Mendapatkan tanah kerajaan bagi tujuan perusahaan pertanian, penternakan, agroculter dan industry pelancongan wilayah kimaragang.

c) Mengikhtiraf Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Belia Kg.Salimandut sebagai badan yang bertanggungjawab menjadikan Resolusi Togomonggis menjadi realiti.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan peserta kursus mengemukakan permohonan tanah kerajaan secepat mungkin terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai tanah.

Beliau juga mengingatkan Komulakan Malaysia supaya bijak membezakan perjuangan berunsurkan politik dan yang berasaskan kesukarelawanan. Menurutnya, hala tuju Komulakan Malaysia adalah perjuangan yang akan dilakukan melalui kegiatan sukarela.

Bengkel Komulakan Kimaragang Malaysia adalah kesinambungan daripada resolusi Seminar Modal Insan yang dianjurkan oleh INPES (Institut Penilaian Sastera) yang telah mengenal pasti 22 fokus perjuangan Bangsa Kimaragang yang dimuatkan dalam Deklarasi Torongsoko 2008. Antara perjuangan berkenaan adalah Pembangunan sosio ekonomi bangsa Kimaragang

Friday, 12 August 2011

AGEN PERUBAHAN KIMARAGANG

Posted by NONG at 18:42 0 comments
"Agen Perubahan Kimaragang wajar belajar dari tabiat lebah dan lalat : Gunakanlah mata lebah kerana mampu melihat yang manis sahaja dan jangan gunakan mata lalat kerana walaupun banyak yang manis, ia tetap mencari yang busuk "

Wednesday, 6 July 2011

DEKLARASI TORONGSOKO

Posted by NONG at 19:51 0 comments
Deklarasi Torongsoko ini memuatkan 22 perkara yang memberi kepentingan kepada bangsa Kimaragang:

1. Menubuhkan Almuni Kimaragang
2. Mendokumentasikan sejarah dan sastera rakyat Kimaragang
3. Membangunkan pangkalan data sosioekonomi Kimaragang
4. Mendokumentasikan dan mewartakan sejarah pemilikan tanah adat Kimaragang
5. Merangka blueprint pembangunan kepimpinan bukan konvensional dan konvensional Kimaragang dalam aspek kepimpinan, infrastruktur, dan pembangunan modal insan
6. Kajian ke atas sikap pasif pelajar bangsa Kimaragang di IPT dalam aspek kepimpinan.
7. Mengusulkan kepada kerajaan untuk mewujudkan pelabuhan Kastam di Kota Marudu
8. Membangunkan modul pembangunan awal (Sekolah Rendah/Menengah Rendah) kepimpinan bangsa Kimaragang
9. Menubuhkan Yayasan Pendidikan Kimaragang
10. Mengadakan konvensyen kepimpinan belia dan beliawanis Kimaragang
11. Menubuhkan Majlis Penasihat (think tank) Kimaragang dianggotai pemimpin veteran, pemimpin masyarakat dan agama
12. Meminta kerajaan mewujudkan Pusat Kebudayaan Kesenian dan Warisan Kimaragang
13. Mempromosikan landmark Kimaragang
14. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak berkuasa untuk kepentingan sosioekonomi bangsa Kimaragang
15. Memberi sokongan padu kepada individu bangsa Kimaragang yang berpotensi menjadi pemimpin yang berwibawa
16. Mengenalpasti masalah, bakat dan potensi bangsa Kimaragang
17. Membudayakan sikap bersatupadu di kalangan bangsa kimaragang dalam menangani sebarang permasalahan
18. Mendorong ibubapa memberikan pendidikan tinggi kepada anak-anak Kimaragang
19. Meminta kerajaan menyegerakan kewujudan daerah Tandek
20. Menganjur seminar kecemerlangan pelajar Kimaragang
21. Menubuhkan Koperasi Kimaragang dan Persatuan Perniagaan Bumiputera Kimaragang
22. Menubuhkan kumpulan Briged Muda Kimaragang

Monday, 27 June 2011

KITA TIDAK BERSAING UNTUK CAPAI VISI BANGSA KIMARAGANG

Posted by NONG at 03:47 0 comments

Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 01:59   
Kota Kinabalu, 26 Jun, 2011: Bangsa Kimaragang tidak bersaing untuk mencapai visi bangsa Kimaragang. Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok dalam kenyataannya hari ini berkata dasar Pertubuhan Kimaragang Malaysia menjadikan apa-apa sahaja yang menghalang usaha mencapai visi bangsa Kimaragang sebagai tidak releven. "Kita tidak terganggu dengan apa-apa tindakan untuk gagalkan usaha mencapai visi kita. Kita sudah tetapkan visi dan fokus kita ialah usaha capai visi itu. Jika ada yang tidak setuju, kita jadikan mereka tidak releven. Kita tidak lari fokus untuk capai visi" Katanya. Menurutnya lagi, visi bangsa Kimaragang adalah luhur dan sebarang usaha untuk menentangnya adalah menyalahi nilai hidup bangsa Kimaragang. " Visi kita ialah menjadikan bangsa Kimaragang bersatu padu maju dan menarik adalah luhur. Jika ada yang menentang, rakyat akan bertanya, mengapa perkara yang baik tidak disokong?" Katanya. Janathan berkata fokus Pertubuhan Kimaragang Malaysia adalah memimpin kejayaan bangsa Kimaragang dan pertubuhan itu tidak membuang masa untuk mengurus kegagalan.
Menurutnya, pertubuhan itu mendefinisikan bahawa sebarang usaha untuk mencapai sesuatu yang berorientasikan penyelesaian masalah adalah pengurusan kegagalan. " Kita tidak mahu dikenang sebagai pertubuhan yang mengurus kegagalan sebab fokus kita jelas, menjadikan bangsa Kimaragang bersatu maju dan menarik" Katanya. Janathan berkata setiap pejuang baru bangsa Kimaragang wajib menghayati visi bangsa Kimaragang terlebih dahulu sebelum berjuang. Hanya sesudah menjiwai visi ini barulah seseorang pejuang itu mendapat sokongan rakyat. " Jika rakyat tahu, dia berjuang untuk visi ini, rakyat tetap sokong tanpa mengira berjuang atas nama sukarelawan atau politik. Yang kritikal, orang itu menjiwai visi bangsa Kimaragang." Menurut Janathan rakyat adalah bijak dan cenderung untuk bersatu menentang tindakan yang tidak menguntungkan mereka dan pejuang bangsa Kimaragang tidak ada pilihan melainkan bertindak dalam kontek apa yang rakyat perlukan.

KITA LAMBAT KUAT KERANA LAMBAT PUNYA NAMA

Posted by NONG at 01:54 0 comments

Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 12:28   
Sandakan, 26 Jun, 2011: Bangsa Kimaragang lambat 
kuat kerana lambat muncul dengan namanya sebenar. 
Demikian dinyatakan oleh Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok ketika dihubungi wartawan 
Media Kimaragang Online hari ini. Menurut Janathan, 
beratus tahun bangsa ini tampil dengan nama klasiknya, 
bangsa Dusun dan kemudian Kadazandusun, terlupa nama sebenar bangsa yang mendiami Tandek dan Pitas, ialah bangsa 
Kimaragang. Menurut Janathan, sesuatu etnik kecil 
wajib tampil dengan nama sebenarnya supaya identitinya tidak tenggelam dengan etnik besar dalam rumpun yang sama. 
Jika etnik itu mempunyai tanah tumpah darah maka 
etnik itu layak dipanggil sebagai bangsa. 
Malangnya, kerana berasa tidak yakin, etnik kecil itu terus berpaut pada rumpun besar beratus tahun lamanya. 
Katanya lagi, zaman untuk etnik kecil berpaut pada nama rumpun 
besar sudah tidak releven lagi dan etnik kecil wajib bangkit dengan namanya sendiri.Kepada suatu soalan tentang 
konflik yang mungkin timbul jika etnik kecil muncul 
dengan nama sendiri, Janathan berkata, " Tidak ada 
masalah sebab kita bukan tidak mengaku orang Kadazandusun. 
Kita hanya mahu dikenal sebagai bangsa Kimaragang sahaja. 
Malahan surat lahir kita tetap bangsa Dusun atau Kadazan." Menurut Janathan, jika bangsa Kimaragang kekal muncul 
sebagai orang Kadazandusun maka banyak peluang 
terlepas yang sepatutnya hak bangsa Kimaragang 
tetapi jatuh ke tangan pihak yang bukan berhak dari 
segi moral dan etika. Keadaan ini, tambahnya, 
dapat dielakkan jika bangsa Kimaragang tampil dengan nama sebenar, Kimaragang.

SUMBER : www.kimaragang.com

Sunday, 26 June 2011

Kimaragang mencipta sejarah

Posted by NONG at 02:41 0 comments

Written by Media Kimaragang on Saturday, 25 June 2011 19:51  
25 Jun 2011, KOTA MARUDU | Satu mesyuarat khas untuk membentuk 
ahli jawatankuasa khas program Kimaragang telah diadakan di Marudu Inn. 
Mesyuarat sebulat suara melantik Encik Hassnal Hj. Umar untuk 
mempengerusikan majlis dan seterusnya akan menjadi pengerusi 
untuk program yang dirancang. Program ini dinamakan 
Perhimpunan Bangsa Kimaragang yang mana ianya merupakan 
kesinambungan dari program SATU TANDEK yang telah dijalankan pada tahun 2009.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Haji Janathan Kandok (Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia), Encik Ruddy Awah (wakil kepimpinan Kimaragang Pitas),
 Encik Jaimbol Dangus (Timbalan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia), 
Encik Sundian Sapaun (Naib Presiden 3 Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu),
 beberapa Ahli Majlis Tertinggi dari Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu dan wakil Kimaragang warga Tandek dan Pitas. 

Encik Hassnal telah diberitahu melalui SMS oleh Encik Baintin A. Halim Adun, 
Presiden Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu tidak dapat hadir atas sebab 
yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, Baintin menyatakan persetujuannya
 untuk apa-apa sahaja keputusan mesyuarat malah akan cuba membantu 
walaupun dalam perkara yang melibatkan kewangan.

Janathan dalam ucapannya menegaskan bahawa secara peribadi dia tidak
 akan melibatkan politik dalam perjuangan pertubuhannya malah dia sendiri 
tidak akan berpolitik untuk merealisasikan matlamat menjadikan Kimaragang 
menjadi bangsa yang bersatu padu, maju dan menarik. Beliau menambah lagi 
dengan menyatakan sedikit kekesalan ekoran terdapat pihak yang cuba mengaitkannya dengan politik.

"Saya akan bekerjasama dalam mengangkat Kimaragang secara keseluruhannya
 jika kita bersedia untuk bersatu", kata Ruddy dalam ucapan alu-aluannya 
sebagai wakil kepimpinan Kimaragang Pitas. Ruddy juga memberitahu bahawa
 pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat di peringkat Pitas berkaitan 
pemartabatan bangsa Kimaragang.

Walaupun majlis pada kali ini hanyalah mesyuarat tetapi ianya boleh dianggap
 sebagai sejarah dalam Kimaragang kerana dapat menghimpunkan 
kepimpinan Kimaragang dari dua bahagian dalam satu Wilayah Kimaragang iaitu 
Tandek dan Pitas untuk berbincang dan bekerjasama menjalankan satu program yang besar.

Mesyuarat telah memutuskan bahawa Hassnal dan Ruddy akan menjadi 
pengerusi bersama program ini. Lawrence pula dikekalkan sebagai 
Setiausaha yang juga sebagai setiausaha dalam program SATU TANDEK 
yang lepas. Timbalan Pengerusi dipertanggungjawabkan kepada 
Encik Sundian Sapaun dan Bendahari ialah Encik Jeffri Maral. 
Manakala Media Kimaragang yang diketuai oleh Mohd. Jasni Ahmad Shukri 
akan bertindak sebagai penerangan dan promosi. Semua yang hadir secara 
otomatik akan menjadi ahli jawatankuasa program. Hassnal memberitahu ahli 
mesyuarat bahawa program ini dirancang demi untuk mengangkat bangsa Kimaragang 
agar lebih dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat bukan sahaja di Sabah malah
 di Malaysia amnya.

Dalam mesyuarat ini, Janathan memberikan sumbangan RM1,000 untuk tujuan 
tempahan dewan yang mana keputusan awal program ini akan dibuat
 di Dewan Komuniti Kota Marudu. Penentuan keputusan tetap tarikh program 
akan diusul semula pada mesyuarat yang akan datang.
Kunjungi laman facebok khas mengenai program ini di sini.

Thursday, 23 June 2011

Prof. Dr. Jualang mahu martabatkan Kimaragang

Posted by NONG at 22:06 0 comments

Written by Media Kimaragang on Thursday, 23 June 2011 16:37   
24 JUN 2011, Putrajaya, Kota Kinabalu | Media Kimaragang telah mengadakan perjumpaan ringkas dengan salah seorang ahli akademik yang berjaya berbangsa Kimaragang iaitu 
Prof. Madya Dr. Jualang @ Azlan Abdullah Bin Gansau. Dalam perjumpaan itu Dr. Jualang menyatakan rasa gembira berkaitan situasi kini berkaitan penyatuan minda dan perjuangan antara dua organisasi Kimaragang iaitu Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu. "Ini menepis tanggapan orang luar bahawa berlaku perpecahan dalam Kimaragang", kata beliau yang juga mantan Timbalan Dekan Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sabah.

Beliau juga sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi ini dalam perkara yang bertujuan untuk kebaikan khususnya dalam memartabatkan bangsa Kimaragang.

http://kimaragang.com/component/content/article/44-perpaduan/73-dr-jualang-mahu-martabatkan-kimaragang-.html

Penyatuan Kimaragang

Posted by NONG at 08:01 0 comments
Written by Media Kimaragang on Tuesday, 21 June 2011 21:09   
16 JUN 2011, Likas, Kota Kinabalu : Dalam memacu sebuah
bangsa menjadi bangsa yang menarik dan kuat, kunci utama ialah persefahaman
untuk bersama-sama dalam perjuangan tersebut. Teori beberapa pihak bahawa
berlaku konflik dalam Kimaragang kini terjawab dengan pertemuan mesra
antara Presiden Kimaragang Malaysia (PKM),Tuan Janathan Kandok  dan
Presiden Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB), Tuan Baintin A. Halim Adun.

Baintin menjawab persoalan mengenai isu konflik ini kepada
Kimaragang Media (KM) bahawa beliau tidak sama sekali
mempunyai tanggapan negatif kewujudan PKM malah menganggapkan
ianya adalah satu perkembangan yang sangat sihat kerana PKM dianggotai
dalam majlis tertingginya oleh pemikir-pemikir yang terdiri dari golongan
cendikiawan dan mampu mengarahkan Kimaragang menjadi bangsa yang bertamadun.
Beliau menambah lagi bahawa setiap organisasi ini mempunyai kelebihan
dan keupayaannya yang tersendiri.

Janathan memberikan ulasan bahawa isu konflik ini dimanipulasikan
oleh pihak-pihak tertentu untuk memporak-porandakan Kimaragang.
Janathan menyeru warga Kimaragang di Wilayah Kimaragang (Tandek dan Pitas)
agar tidak terpengaruh oleh pihak-pihak ini.

Pertemuan ringkas ini berjaya memutuskan untuk mengadakan satu
lagi pertemuan rasmi antara pemimpin-pemimpin Kimaragang di wilayah
ini termasuklah Encik Hasnal Hj. Umar dan Encik Ruddy Awah dari Pitas
yang akan diadakan pada ketetapan yang akan ditentukan 
termasuklah mengadakan sidang akhbar untuk memberitahu kepada masyarakat keseluruhannya 
bahawa Kimaragang akan bangkit menjadi bangsa yang bersatu padu, maju dan menarik.

http://kimaragang.com 

Misi & Matlamat

Posted by NONG at 07:37 0 comments

Written by Media Kimaragang on Monday, 20 June 2011 20:30   
MISI

Memberikan perkidmatan mewujudkan mekanisma-mekanisma pengurusan, 
mengekalkan warisan, penyelidikan dan pembangunan, latihan dan pembangunan, 
pemudahcara mendapatkan keperluan,  meningkatkan imej,  
dan pembangunan kepimpinan kaum Kimaragang.

MATLAMAT

Mengukuhkan persefahaman dan persaudaraan masyarakat Kimaragang ke arah 
kemakmarun Malaysia.

Melahirkan usahawan Kimaragang yang berdaya saing untuk menyumbang kepada
ekonomi Negara.

Mempertahankan warisan masyarakat  Kimaragang untuk kepentingan generasi akan datang.

Mengangkat bangsa Kimaragang ke tahap minda kelas pertama supaya dapat bersaing 
dalam arus perdana pembangunan negara.

Menerbitkan, mengedar dan menjual bahan-bahan bacaan masyarakat Kimaragang 
untuk tujuan mengisi tabung Pertubuhan Kimaragang Malaysia.

Menganjurkan kegiatan latihan dan pembangunan modal insan Kimaragang

http://kimaragang.com/misi-a-matlamat.html

Tuesday, 7 June 2011

PRESIDEN KIMARAGANG MALAYSIA MELAWAT PITAS

Posted by NONG at 08:12 0 comments

PRESIDEN KIMARAGANG MALAYSIA MELAWAT PITAS

Kota Kinabalu, Selasa, 7 Jun 2011 : Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok akan melakukan lawatan ke Pitas pada 25 Jun ini. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung pertubuhan, Jeffry Dangus kepada Kimaragang Media Online. Menurutnya, inilah lawatan sulung pemimpin tertinggi pertubuhan itu ke Pitas. " Majlis tertinggi telah buat keputusan supaya Presiden turun padang menjelaskan halatuju pertubuhan " , katanya.

Menurut Jeffry, Konvoi Sumombol Kobpanaian yang akan disertai Ahli Majlis Tertinggi akan mengiringi Presiden sepanjang lawatan tersebut. satu Jawatankuasa Khusus telah dibentuk yang diketuai pemimpin Kimaragang tempatan, Pak Shukri telah dibentuk untuk memudahcarakan lawatan tersebut. Dalam lawatan tersebut, Presiden akan bertemu dengan penduduk tempatan untuk menjelaskan visi, misi dan rukun Wilayah Kimaragang. " Sebagai Presiden Pertubuhan ini, beliau wajar memberi kefahaman kepada rakyat tentang perjuangan pertubuhan ini" Katanya.

Sumber : http://kimaragang.com/component/content/article/1-umum/21-presiden-kimaragang-malaysia-melawat-pitas.html

Thursday, 7 June 2001

LAGU : PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

Posted by NONG at 06:56 0 comments
Ciptaan :Azlee Makibin
Lirik: Tuan Hj Janathan Kandok

Kimaragang maju jaya
Bukan hanya sekarang
Malahan selama-lama
Inilah impian bersama

Pertubuhan Kimaragang Malaysia
Mengorak langkah demi langkah
Mencorak masa depan yang indah
Bangsa Kimaragang yang tercinta

Kimaragang tetap perkasa
Maju dinamik dan merdeka
Bebas dari segala halangan
Pemikiran dan juga tindakan

Wahai Kimaragang ingatlah
Desa kita memang di Timur
Lalu mari segera kita bertanya
Bukankah suria terbit di Timur

Ayuh bangunlah bangkitlah
Dengan semangat membara
Seperti air yang terbakar
Menuju bangsa yang berjaya

KIMARAGANG Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting