Thursday 23 June 2011

Penyatuan Kimaragang

Posted by NONG at 08:01
Written by Media Kimaragang on Tuesday, 21 June 2011 21:09   
16 JUN 2011, Likas, Kota Kinabalu : Dalam memacu sebuah
bangsa menjadi bangsa yang menarik dan kuat, kunci utama ialah persefahaman
untuk bersama-sama dalam perjuangan tersebut. Teori beberapa pihak bahawa
berlaku konflik dalam Kimaragang kini terjawab dengan pertemuan mesra
antara Presiden Kimaragang Malaysia (PKM),Tuan Janathan Kandok  dan
Presiden Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB), Tuan Baintin A. Halim Adun.

Baintin menjawab persoalan mengenai isu konflik ini kepada
Kimaragang Media (KM) bahawa beliau tidak sama sekali
mempunyai tanggapan negatif kewujudan PKM malah menganggapkan
ianya adalah satu perkembangan yang sangat sihat kerana PKM dianggotai
dalam majlis tertingginya oleh pemikir-pemikir yang terdiri dari golongan
cendikiawan dan mampu mengarahkan Kimaragang menjadi bangsa yang bertamadun.
Beliau menambah lagi bahawa setiap organisasi ini mempunyai kelebihan
dan keupayaannya yang tersendiri.

Janathan memberikan ulasan bahawa isu konflik ini dimanipulasikan
oleh pihak-pihak tertentu untuk memporak-porandakan Kimaragang.
Janathan menyeru warga Kimaragang di Wilayah Kimaragang (Tandek dan Pitas)
agar tidak terpengaruh oleh pihak-pihak ini.

Pertemuan ringkas ini berjaya memutuskan untuk mengadakan satu
lagi pertemuan rasmi antara pemimpin-pemimpin Kimaragang di wilayah
ini termasuklah Encik Hasnal Hj. Umar dan Encik Ruddy Awah dari Pitas
yang akan diadakan pada ketetapan yang akan ditentukan 
termasuklah mengadakan sidang akhbar untuk memberitahu kepada masyarakat keseluruhannya 
bahawa Kimaragang akan bangkit menjadi bangsa yang bersatu padu, maju dan menarik.

http://kimaragang.com 

0 comments on "Penyatuan Kimaragang"

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

KIMARAGANG Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting