Monday 21 November 2011

KOMULAKAN KIMARAGANG MALAYSIA TETAPKAN HALA TUJU

Posted by NONG at 07:35 0 comments

Komulakan Kimaragang tetapkan hala tuju:
Salimandut : 20/11/2011.
Komulakan Kimaragang Malaysia berjaya menetapkan hala tujunya bagi tempoh 2012-2016. Demikian dinyatakan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Yang Berbahagia Dr.Haji Janathan Kandok. Menurut beliau, Bengkel Komulakan Kimaragang Malaysia yang diadakan selama 2 hari telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh 145 orang peserta untuk menetapkan Visi Komulakan Kimaragang iaitu menjadikan wilayah kimaragang pengeluar utama hasil pertanian, penternakan, perikanan dan industri pelancongan di Wilayah Kimaragang.
Bengkel tersebut juga telah menghasilkan 3 resolusi iaitu:

a) Menubuhkan koperasi yang menguruskan pembangunan tanah bagi menjadikan wilayah kimaragang pengeluar hasil – hasil pertanian, penternakan, perikanan dan destinasi pelancongan yang utama di negeri sabah.

b) Mendapatkan tanah kerajaan bagi tujuan perusahaan pertanian, penternakan, agroculter dan industry pelancongan wilayah kimaragang.

c) Mengikhtiraf Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Belia Kg.Salimandut sebagai badan yang bertanggungjawab menjadikan Resolusi Togomonggis menjadi realiti.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan peserta kursus mengemukakan permohonan tanah kerajaan secepat mungkin terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai tanah.

Beliau juga mengingatkan Komulakan Malaysia supaya bijak membezakan perjuangan berunsurkan politik dan yang berasaskan kesukarelawanan. Menurutnya, hala tuju Komulakan Malaysia adalah perjuangan yang akan dilakukan melalui kegiatan sukarela.

Bengkel Komulakan Kimaragang Malaysia adalah kesinambungan daripada resolusi Seminar Modal Insan yang dianjurkan oleh INPES (Institut Penilaian Sastera) yang telah mengenal pasti 22 fokus perjuangan Bangsa Kimaragang yang dimuatkan dalam Deklarasi Torongsoko 2008. Antara perjuangan berkenaan adalah Pembangunan sosio ekonomi bangsa Kimaragang

Friday 12 August 2011

PUISI : PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

Posted by NONG at 18:43 0 comments

Kimaragang Malaysia,

Kita aturkan setiap inci kamar rumah ini dengan tidak berjarak

Kita bersihkan halaman ini tanpa sampah curiga

Kita dirikan tiang perpaduan

Kita lupakan agenda kesukuan

Kita kejapkan wasila warga agar tak terlerai dari tambatan nusa

Jangan biarkan generasi hari depan mendepani sengketa.

Kimaragang Malaysia,

Kita lahir kerana tunjang kita adalah akal jati perpaduan

kita lahir atas minda kesedaran

Kita lahir atas misi dan visi yang mapan

Kita lahir bersama semangat keluarga

Yang begitu tegar menyatukan warga di saujana padang persefahaman

Ayuh kita cantas pucuk dendam duri perdu sengketa

Runtuhkan banir muslihat kehancuran.

Kimaragang Malaysia,

Di sini kita perjelaskan mimpi menjadi nyata

Matlamat yang terpeta disaat pertama kita berikrar

Bahawa kita harus bangkit menjulang wasilah bangsa.

Kimaragang Malaysia,

Di beranda halaman rumah ini

Kita cipta taman percaya

Bahawa hanya perpaduan

Menubuhkan benih integrasi

Dengan membawa rukun transformasi

Dan menjelaskan wajah warga

Pada sebuah rumah bangsa

PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA....

NONG TUYUNDO

KAMPUNG SALIMANDUT

2011

AGEN PERUBAHAN KIMARAGANG

Posted by NONG at 18:42 0 comments
"Agen Perubahan Kimaragang wajar belajar dari tabiat lebah dan lalat : Gunakanlah mata lebah kerana mampu melihat yang manis sahaja dan jangan gunakan mata lalat kerana walaupun banyak yang manis, ia tetap mencari yang busuk "

Sunday 10 July 2011

PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

Posted by NONG at 07:26 0 comments

Wednesday 6 July 2011

DEKLARASI TORONGSOKO

Posted by NONG at 19:51 0 comments
Deklarasi Torongsoko ini memuatkan 22 perkara yang memberi kepentingan kepada bangsa Kimaragang:

1. Menubuhkan Almuni Kimaragang
2. Mendokumentasikan sejarah dan sastera rakyat Kimaragang
3. Membangunkan pangkalan data sosioekonomi Kimaragang
4. Mendokumentasikan dan mewartakan sejarah pemilikan tanah adat Kimaragang
5. Merangka blueprint pembangunan kepimpinan bukan konvensional dan konvensional Kimaragang dalam aspek kepimpinan, infrastruktur, dan pembangunan modal insan
6. Kajian ke atas sikap pasif pelajar bangsa Kimaragang di IPT dalam aspek kepimpinan.
7. Mengusulkan kepada kerajaan untuk mewujudkan pelabuhan Kastam di Kota Marudu
8. Membangunkan modul pembangunan awal (Sekolah Rendah/Menengah Rendah) kepimpinan bangsa Kimaragang
9. Menubuhkan Yayasan Pendidikan Kimaragang
10. Mengadakan konvensyen kepimpinan belia dan beliawanis Kimaragang
11. Menubuhkan Majlis Penasihat (think tank) Kimaragang dianggotai pemimpin veteran, pemimpin masyarakat dan agama
12. Meminta kerajaan mewujudkan Pusat Kebudayaan Kesenian dan Warisan Kimaragang
13. Mempromosikan landmark Kimaragang
14. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak berkuasa untuk kepentingan sosioekonomi bangsa Kimaragang
15. Memberi sokongan padu kepada individu bangsa Kimaragang yang berpotensi menjadi pemimpin yang berwibawa
16. Mengenalpasti masalah, bakat dan potensi bangsa Kimaragang
17. Membudayakan sikap bersatupadu di kalangan bangsa kimaragang dalam menangani sebarang permasalahan
18. Mendorong ibubapa memberikan pendidikan tinggi kepada anak-anak Kimaragang
19. Meminta kerajaan menyegerakan kewujudan daerah Tandek
20. Menganjur seminar kecemerlangan pelajar Kimaragang
21. Menubuhkan Koperasi Kimaragang dan Persatuan Perniagaan Bumiputera Kimaragang
22. Menubuhkan kumpulan Briged Muda Kimaragang

Tuesday 5 July 2011

Dr. Nellson dan Mogoron akan mewarnai Tabar Kimaragang

Posted by NONG at 04:57 0 comments

Written by Media Kimaragang on Tuesday, 05 July 2011 00:58   

KOTA KINABALU, 5 Julai 2011 : Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, 
Haji Janathan Kandok dalam perbincangan bersama
Tabar Kimaragang (TK) pada 1 Julai yang lepas mahu supaya media ini diisi
dengan tulisan dan buah 
fikiran anak-anak Kimaragang terutamanya yang mampu
mencetuskan idea untuk dikongsikan bersama. Selain itu, informasi
semasa apa yang berlaku dalam wilayah ini juga perlu dimaklumkan agar
TK boleh mewar-warkannya dan 
secara langsung memberikan info kepada anak-anak Kimaragang
yang lain terutamanya yang berada di luar wilayah ini. Dalam usaha
tersebut TK telah menghubungi Dr. Nellson dan Mogoron untuk berkerjasama.
Semangat Kimaragang itu jelas apabila kedua-dua mereka bersetuju untuk
melontarkan tulisan mereka untuk media ini. 
Kepada sesiapa yang berminat menjadi penulis atau mahu menghantarkan tulisan 
untuk dimuatkan dalam wadah info Kimaragang ini. 

Hantarkan terus keinfo@kimaragang.com.

Monday 4 July 2011

SAAT ITU SUDAH TIBA: JADILAH PEJUANG KIMARAGANG

Posted by NONG at 05:07 0 comments

Written by Media Kimaragang on Monday, 04 July 2011 15:37   
Kota Kinabalu, 4 Julai, 2011: Presiden Kimaragang Malaysia,
Haji Janathan Kandok menyeru lebih ramai dalam kalangan bangsa
Kimaragang menjadi pejuang. Beliau berkata demikian
sebagai mengulas saranan Pengurus Tabar Kimaragang, MJasni Ahmad Shukri
supaya mereka yang berbakat dan golongan berada tampil menjadi
pejuang bangsa Kimaragang.
Menurut Janathan, memang terdapat ramai yang berpotensi
menjadi pejuang tetapi mungkin masih menunggu masa yang s
esuai untuk berjuang.
" Ramai yang ada bakat tetapi mungkin tunggu masa untuk berjuang.
Mungkin ada yang sudah cuba dalam politik tetapi
mundur sebab tiada pengalaman manis ketika berjuang,
jadi kini mereka tunggu dan lihat," katanya.
Janathan percaya bahawa jika seseorang itu berminat atas
sesuatu dan mempunyai bakat atas
apa yang diminati serta diperlukan oleh bangsa Kimaragang
maka individu itu umpama emas bagi bangsa ini.
 "MJasni Shukri sangat berminat dalam IT sehingga sanggup meninggalkan
perkhidmatan awam. bakat beliau sangat tinggi dan apa yang dia
berbakat itu diperlukan bangsa Kimaragang. Tanpa sedikit keraguan,
Mjasni umpama emas bagi Kimaragang," katanya lagi.
Menurut Janathan yang juga mantan Pengarah Akademi Kastam
Diraja Malaysia, Sabah,
individu seperti Mjasni inilah yang dialu-alukan menjadi pejuang
bangsa Kimaragang kerana berpotensi membawa
 perubahan kepada bangsa dengan syarat perjuangan menepati
keperluan rakyat.
Menurutnya lagi, perjuangan yang memenuhi keperluan
bangsa Kimaragang
semasa ialah menjadikan bangsa
Kimaragang bersatu padu, maju dan menarik.
" Akan tiba saatnya bagi setiap perjuang untuk
berjuang dan saat itu sudah tiba, sertailah perjuangan
Pertubuhan Kimaragang Malaysia
seperti yang dilakukan Mjasni," kata Janathan.

Saturday 2 July 2011

Task Force Tanah Kimaragang Akan Dibentuk

Posted by NONG at 19:33 0 comments

Written by Media Kimaragang on Saturday, 02 July 2011 19:08   

PITAS, 2 JULAI 2011 | Kehadiran Ybhg. Tuan Haji Janathan Kandok, 
Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) dan Tuan Baintin A. Halim Adun,
Presiden Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB) dalam 
Mesyuarat Pembentukan AJK Pertubuhan Kimaragang Malaysia Pitas dan AJK Program Magandaa memberikan suntikan kepada bangsa Kimaragang Pitas dalam usaha untuk memartabatkan bangsa ini dan seterusnya menyusun strategi perjuangan bagi mempertahankan hak Kimaragang di Pitas. 

Encik Ruddy Awah yang dimandatkan oleh Presiden PKM untuk menjadi 
pengerusi lantikan AJK PKMP berasa tidak adil jika terus menerimanya 
tanpa membuka ruang kepada sesiapa sahaja memegang jawatan ini 
kerana baginya menjadi pengerusi PKMP tidak semudah cakap. 
katanya lagi tanggungjawab ini melibatkan perjuangan bangsa. 
Walau bagaimanapun, dalam pemilihan tersebut mesyuarat sebulat 
suara bersetuju mengangkat Ruddy sebagai pengerusi dan akan 
menyokong sepenuhnya perjuangannya untuk memartabatkan bangsa 
Kimaragang khususnya di daerah Pitas.

Janathan dalam ucapannya menerangkan misi dan visi PKM lebih 
menjurus kepada pemangkin untuk Kimaragang menjadi satu bangsa yang bertamadun. 
Beliau juga menegaskan bahawa dalam usaha mempermudahkan 
mengatururus bangsa ini, dua kawasan yang didiami oleh bangsa Kimaragang iaitu 
Tandek dan Pitas perlu disatukan dalam satu perkataan iaitu Wilayah Kimaragang. 
Selepas ini jika menyebut Wilayah Kimaragang ianya merangkumi Tandek dan Pitas. 
Oleh itu, apa sahaja permasalahan dalam wilayah ini perlu ditangani 
bersama oleh PKM dan PKSB dengan merujuk kepada pemimpin setempat 
sebagai ejen penyelesai masalah.

Baintin pula mengulas akan keperluan dalam menyuarakan hak bangsa ini 
terutamanya menuntut kembali hak Kimaragang yang dirampas secara berhemah. 
"Walaupun, program ini atas nama PKM tapi kami meletakkan ini sebagai program Kimaragang dan kami akan menyokong apa juga aktiviti yang melibatkan 
nama bangsa ini", kata beliau.

Sebelum itu, Ruddy ada menyuarakan berkaitan permaslahan rakyat berkaitan 
isu tanah yang terlibat dengan Begaraya dan geran komuniti. 
Dalam hal ini, Janathan, Baintin dan Ruddy bersetuju untuk membentuk 
satu ahli jawatankuasa khas mencari jalan dan bertindak menanganinya. 
AJK Khas ini akan mengusahakan peguam untuk tujuan tersebut.

Dalam hal-hal lain, beberapa orang lama Kimaragang Pitas menyuarakan 
perasaan gembira kewujudan AJK PKMP ini dan ada yang menganggap
ianya adalah satu sejarah baru bangsa Kimaragang Pitas.

Mesyuarat juga bersetuju agar AJK PKMP ini secara otomatik akan 
menjadi AJK Pelaksana untuk Program Magandaa yang mana perbincangan 
mengenai tarikh, masa dan pengisian akan ditentukan dalam mesyuarat 
yang akan diberitahu.

http://kimaragang.com/pertanian/82-task-force-tanah-kimaragang-akan-dibentuk.htm

Wednesday 29 June 2011

BANGSA AKAN HILANG JIKA IDENTITI TIDAK DICANANG

Posted by NONG at 04:42 0 comments
Kimaragang- Setelah sekian lama kita berpaut pada satu rumpun yang dipanggil Dusun, identiti kita seakan lesap dan semakin hilang. Hak yang sepatutnya menjadi milik kita terlepas begitu saja dek identiti kita yang tidak dicanang dan seolah-olah dilesapkan. Kemunculan Pertubuhan Kimaragang Malaysia yang membawa misi dan visi di mana identiti Kimaragang ini seharusnya berdiri sendiri tanpa terikat dengan rumpun klasik sangat releven dan berpatutan bila melihat kepada senario dunia ketika ini.

Kesedaran ini wajar disokong oleh setiap individu Kimaragang dari pelbagai lapisan tanpa mengira kedudukan, umur, fahaman politik mahupun agama. Saya sangat tertarik dengan kenyataan Tuan Presiden Kimaragang Malaysia, Tuan Haji Janathan Kandok yang menyatakan bahawa " Kita Lambat Kuat Kerana Kita Lambat Punya Nama" dan percaya atau tidak bahawa disebalik  kejayaan yang dilakar oleh individu-individu tertentu dalam Wilayah Kimaragang iaitu Kota Marudu, tulang belakangnya ialah Bangsa Kimaragang, cuma saja kita tidak dicanang, kita tidak disebut secara terperinci.

Dalam usaha kita mengekspos bangsa kita dikalangan bangsa-bangsa lain, jangan kita jemu mencanang nama Kimaragang. Memartabat Kimaragang di seluruh pelosok bangsa. 

Oleh itu, saya menyeru kepada kita semua supaya sentiasa bersatu padu, bekerjasama dalam usaha memartabatkan Bangsa Kimaragang agar terus dikenali dan muncul dengan identiti KIMARAGANG.

"Mempertahankan warisan masyarakat  Kimaragang untuk kepentingan generasi akan datang".

Tuesday 28 June 2011

Forum Kimaragang Luar Biasa

Posted by NONG at 16:10 0 comments

Written by Media Kimaragang on Tuesday, 28 June 2011 19:37   
28 JUN 2011, KOTA KINABALU | Dalam usaha untuk memperjelaskan 
kepada bangsa Kimaragang akan matlamat perjuangan 2 organisasi 
tunjang pemartabatan bangsa ini, Media Kimaragang (MK) tidak putus 
harapan untuk terus berusaha mencari ruang mempertemukan kepimpinan 
utama dalam Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) dan 
Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB). Jam 8.00 malam, 
MK menghubungi Presiden PKSB, Tuan Baintin A. Halim Adun untuk perjumpaan. 
Kebetulan Baintin dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan lebih kurang 
jam 9.30 malam MK dapat bersembang dengan beliau secara ringkas 
dan santai di salah sebuah restoran di Putrajaya. MK mengambil kesempatan 
ini mengajak Baintin untuk mengadakan satu forum khas bersama 
Presiden PKM, Tuan Haji Janathan Kandok bagi membincangkan 
berkaitan halatuju perjuangan organisasi masing-masing dan seterusnya 
melenyapkan tanggapan ketidaksefahaman antara keduanya. Jam 10.00 malam, 
MK menghubungi Janathan untuk tujuan sama. Keadaan yang sangat luar 
biasa apabila keduanya bersetuju walaupun pada waktu yang boleh dikatakan 
tidak sesuai bagi tujuan seperti itu. MK sangat teruja dengan komitmen 
Baintin dan Janathan dan spontan menyediakan keperluan forum seperti 
kamera video, kamera statik, mengatur susun untuk berforum dan akhirnya 
tepat jam 11.00 malam forum dapat dimulakan yang mana ahli panelnya ialah 
Presiden PKM dan Presiden PKSB sendiri. Pengantara forum ialah Media 
Kimaragang. Selain itu, MK juga sangat menghargai kehadiran Encik Hassnal Hj. Umar 
yang berperanan sebagai pemerhati bagi mewakili warga Kimaragang secara 
keseluruhannya untuk membuat penilaian ulasan dari ahli panel.

Dalam forum tersebut, MK banyak memberikan soalan berkaitan 
asas perjuangan oraganisasi, penjelasan kekeliruan sesetengah pihak akar 
umbi serta harapan mereka sebagai pemimpin organisasi yang melabelkan 
Kimaragang sebagai nama.
Baintin dalam ulasannya agak kecewa senario tanggapan negatif sesetengah 
pihak mengenai kewujudan 2 organisasi ini. Beliau mengatakan bahawa perkara
ini mungkin disebabkan kurang kefahaman mengenai perjuangan PKSB dan 
berjanji akan berusaha memperjelaskannya sehingga ke akar umbi. Janathan juga 
sependapat dengan Baintin dalam hal ini dan akan berusaha untuk memberikan 
kefahaman secara menyeluruh berkaitan perjuangan PKM. "Pada masa ini saya 
sudah mula memberitahu ahli-ahli PKSB melalui ucapan saya dalam mesyuarat 
dan program yang dianjurkan berkaitan PKM adalah pelengkap kepada 
perjuangan kami. PKM jelas mampu menjana idea yang boleh memacu Kimaragang 
ke depan sebab ahli majlisnya terdiri dari golongan berpendidikan tinggi dan 
kami (PKSB) akan memperjuangkan hak Kimaragang atas kapasiti 
kami kerana perlembagaan PKSB membolehkan kami bersuara berkaitan ini.", jelas Baintin.

Ditanya berkaitan objektif pertubuhan, Janathan mengulas bahawa PKM akan 
memberikan tumpuan dasar Kimaragang untuk menjadikannya bersatu padu, 
maju dan menarik. Kedua-dua presiden ini mempunyai harapan yang sama agar 
Kimaragang akan menjadi bangsa yang berkredibiliti, mampu dalam 
segala aspek, berpendirian dan dikenali sebagai satu nama iaitu BANGSA KIMARAGANG.
Forum ini berakhir lebih kurang jam 1.00 pagi. Media Kimaragang akan 
memaparkan rakaman video ini melalui saluran media di internet. 
Media Kimaragang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua 
presiden yang berusaha dalam mengemudi pemartabatan bangsa Kimaragang.

http://kimaragang.com/
Sumber : 

Monday 27 June 2011

KITA TIDAK BERSAING UNTUK CAPAI VISI BANGSA KIMARAGANG

Posted by NONG at 03:47 0 comments

Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 01:59   
Kota Kinabalu, 26 Jun, 2011: Bangsa Kimaragang tidak bersaing untuk mencapai visi bangsa Kimaragang. Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok dalam kenyataannya hari ini berkata dasar Pertubuhan Kimaragang Malaysia menjadikan apa-apa sahaja yang menghalang usaha mencapai visi bangsa Kimaragang sebagai tidak releven. "Kita tidak terganggu dengan apa-apa tindakan untuk gagalkan usaha mencapai visi kita. Kita sudah tetapkan visi dan fokus kita ialah usaha capai visi itu. Jika ada yang tidak setuju, kita jadikan mereka tidak releven. Kita tidak lari fokus untuk capai visi" Katanya. Menurutnya lagi, visi bangsa Kimaragang adalah luhur dan sebarang usaha untuk menentangnya adalah menyalahi nilai hidup bangsa Kimaragang. " Visi kita ialah menjadikan bangsa Kimaragang bersatu padu maju dan menarik adalah luhur. Jika ada yang menentang, rakyat akan bertanya, mengapa perkara yang baik tidak disokong?" Katanya. Janathan berkata fokus Pertubuhan Kimaragang Malaysia adalah memimpin kejayaan bangsa Kimaragang dan pertubuhan itu tidak membuang masa untuk mengurus kegagalan.
Menurutnya, pertubuhan itu mendefinisikan bahawa sebarang usaha untuk mencapai sesuatu yang berorientasikan penyelesaian masalah adalah pengurusan kegagalan. " Kita tidak mahu dikenang sebagai pertubuhan yang mengurus kegagalan sebab fokus kita jelas, menjadikan bangsa Kimaragang bersatu maju dan menarik" Katanya. Janathan berkata setiap pejuang baru bangsa Kimaragang wajib menghayati visi bangsa Kimaragang terlebih dahulu sebelum berjuang. Hanya sesudah menjiwai visi ini barulah seseorang pejuang itu mendapat sokongan rakyat. " Jika rakyat tahu, dia berjuang untuk visi ini, rakyat tetap sokong tanpa mengira berjuang atas nama sukarelawan atau politik. Yang kritikal, orang itu menjiwai visi bangsa Kimaragang." Menurut Janathan rakyat adalah bijak dan cenderung untuk bersatu menentang tindakan yang tidak menguntungkan mereka dan pejuang bangsa Kimaragang tidak ada pilihan melainkan bertindak dalam kontek apa yang rakyat perlukan.

KITA LAMBAT KUAT KERANA LAMBAT PUNYA NAMA

Posted by NONG at 01:54 0 comments

Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 12:28   
Sandakan, 26 Jun, 2011: Bangsa Kimaragang lambat 
kuat kerana lambat muncul dengan namanya sebenar. 
Demikian dinyatakan oleh Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok ketika dihubungi wartawan 
Media Kimaragang Online hari ini. Menurut Janathan, 
beratus tahun bangsa ini tampil dengan nama klasiknya, 
bangsa Dusun dan kemudian Kadazandusun, terlupa nama sebenar bangsa yang mendiami Tandek dan Pitas, ialah bangsa 
Kimaragang. Menurut Janathan, sesuatu etnik kecil 
wajib tampil dengan nama sebenarnya supaya identitinya tidak tenggelam dengan etnik besar dalam rumpun yang sama. 
Jika etnik itu mempunyai tanah tumpah darah maka 
etnik itu layak dipanggil sebagai bangsa. 
Malangnya, kerana berasa tidak yakin, etnik kecil itu terus berpaut pada rumpun besar beratus tahun lamanya. 
Katanya lagi, zaman untuk etnik kecil berpaut pada nama rumpun 
besar sudah tidak releven lagi dan etnik kecil wajib bangkit dengan namanya sendiri.Kepada suatu soalan tentang 
konflik yang mungkin timbul jika etnik kecil muncul 
dengan nama sendiri, Janathan berkata, " Tidak ada 
masalah sebab kita bukan tidak mengaku orang Kadazandusun. 
Kita hanya mahu dikenal sebagai bangsa Kimaragang sahaja. 
Malahan surat lahir kita tetap bangsa Dusun atau Kadazan." Menurut Janathan, jika bangsa Kimaragang kekal muncul 
sebagai orang Kadazandusun maka banyak peluang 
terlepas yang sepatutnya hak bangsa Kimaragang 
tetapi jatuh ke tangan pihak yang bukan berhak dari 
segi moral dan etika. Keadaan ini, tambahnya, 
dapat dielakkan jika bangsa Kimaragang tampil dengan nama sebenar, Kimaragang.

SUMBER : www.kimaragang.com

Sunday 26 June 2011

Kimaragang mencipta sejarah

Posted by NONG at 02:41 0 comments

Written by Media Kimaragang on Saturday, 25 June 2011 19:51  
25 Jun 2011, KOTA MARUDU | Satu mesyuarat khas untuk membentuk 
ahli jawatankuasa khas program Kimaragang telah diadakan di Marudu Inn. 
Mesyuarat sebulat suara melantik Encik Hassnal Hj. Umar untuk 
mempengerusikan majlis dan seterusnya akan menjadi pengerusi 
untuk program yang dirancang. Program ini dinamakan 
Perhimpunan Bangsa Kimaragang yang mana ianya merupakan 
kesinambungan dari program SATU TANDEK yang telah dijalankan pada tahun 2009.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Haji Janathan Kandok (Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia), Encik Ruddy Awah (wakil kepimpinan Kimaragang Pitas),
 Encik Jaimbol Dangus (Timbalan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia), 
Encik Sundian Sapaun (Naib Presiden 3 Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu),
 beberapa Ahli Majlis Tertinggi dari Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu dan wakil Kimaragang warga Tandek dan Pitas. 

Encik Hassnal telah diberitahu melalui SMS oleh Encik Baintin A. Halim Adun, 
Presiden Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu tidak dapat hadir atas sebab 
yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, Baintin menyatakan persetujuannya
 untuk apa-apa sahaja keputusan mesyuarat malah akan cuba membantu 
walaupun dalam perkara yang melibatkan kewangan.

Janathan dalam ucapannya menegaskan bahawa secara peribadi dia tidak
 akan melibatkan politik dalam perjuangan pertubuhannya malah dia sendiri 
tidak akan berpolitik untuk merealisasikan matlamat menjadikan Kimaragang 
menjadi bangsa yang bersatu padu, maju dan menarik. Beliau menambah lagi 
dengan menyatakan sedikit kekesalan ekoran terdapat pihak yang cuba mengaitkannya dengan politik.

"Saya akan bekerjasama dalam mengangkat Kimaragang secara keseluruhannya
 jika kita bersedia untuk bersatu", kata Ruddy dalam ucapan alu-aluannya 
sebagai wakil kepimpinan Kimaragang Pitas. Ruddy juga memberitahu bahawa
 pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat di peringkat Pitas berkaitan 
pemartabatan bangsa Kimaragang.

Walaupun majlis pada kali ini hanyalah mesyuarat tetapi ianya boleh dianggap
 sebagai sejarah dalam Kimaragang kerana dapat menghimpunkan 
kepimpinan Kimaragang dari dua bahagian dalam satu Wilayah Kimaragang iaitu 
Tandek dan Pitas untuk berbincang dan bekerjasama menjalankan satu program yang besar.

Mesyuarat telah memutuskan bahawa Hassnal dan Ruddy akan menjadi 
pengerusi bersama program ini. Lawrence pula dikekalkan sebagai 
Setiausaha yang juga sebagai setiausaha dalam program SATU TANDEK 
yang lepas. Timbalan Pengerusi dipertanggungjawabkan kepada 
Encik Sundian Sapaun dan Bendahari ialah Encik Jeffri Maral. 
Manakala Media Kimaragang yang diketuai oleh Mohd. Jasni Ahmad Shukri 
akan bertindak sebagai penerangan dan promosi. Semua yang hadir secara 
otomatik akan menjadi ahli jawatankuasa program. Hassnal memberitahu ahli 
mesyuarat bahawa program ini dirancang demi untuk mengangkat bangsa Kimaragang 
agar lebih dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat bukan sahaja di Sabah malah
 di Malaysia amnya.

Dalam mesyuarat ini, Janathan memberikan sumbangan RM1,000 untuk tujuan 
tempahan dewan yang mana keputusan awal program ini akan dibuat
 di Dewan Komuniti Kota Marudu. Penentuan keputusan tetap tarikh program 
akan diusul semula pada mesyuarat yang akan datang.
Kunjungi laman facebok khas mengenai program ini di sini.

KIMARAGANG Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting