Dalam usaha kita mengekspos bangsa kita dikalangan bangsa-bangsa lain, jangan kita jemu mencanang nama Kimaragang. Memartabat Kimaragang di seluruh pelosok bangsa.
Wednesday, 29 June 2011
BANGSA AKAN HILANG JIKA IDENTITI TIDAK DICANANG

Tuesday, 28 June 2011
Forum Kimaragang Luar Biasa
Written by Media Kimaragang on Tuesday, 28 June 2011 19:37 |
![]() 28 JUN 2011, KOTA KINABALU | Dalam usaha untuk memperjelaskan kepada bangsa Kimaragang akan matlamat perjuangan 2 organisasi tunjang pemartabatan bangsa ini, Media Kimaragang (MK) tidak putus harapan untuk terus berusaha mencari ruang mempertemukan kepimpinan utama dalam Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) dan Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB). Jam 8.00 malam, MK menghubungi Presiden PKSB, Tuan Baintin A. Halim Adun untuk perjumpaan. Kebetulan Baintin dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dan lebih kurang jam 9.30 malam MK dapat bersembang dengan beliau secara ringkas dan santai di salah sebuah restoran di Putrajaya. MK mengambil kesempatan ini mengajak Baintin untuk mengadakan satu forum khas bersama Presiden PKM, Tuan Haji Janathan Kandok bagi membincangkan berkaitan halatuju perjuangan organisasi masing-masing dan seterusnya melenyapkan tanggapan ketidaksefahaman antara keduanya. Jam 10.00 malam, MK menghubungi Janathan untuk tujuan sama. Keadaan yang sangat luar biasa apabila keduanya bersetuju walaupun pada waktu yang boleh dikatakan tidak sesuai bagi tujuan seperti itu. MK sangat teruja dengan komitmen Baintin dan Janathan dan spontan menyediakan keperluan forum seperti kamera video, kamera statik, mengatur susun untuk berforum dan akhirnya tepat jam 11.00 malam forum dapat dimulakan yang mana ahli panelnya ialah Presiden PKM dan Presiden PKSB sendiri. Pengantara forum ialah Media Kimaragang. Selain itu, MK juga sangat menghargai kehadiran Encik Hassnal Hj. Umar yang berperanan sebagai pemerhati bagi mewakili warga Kimaragang secara keseluruhannya untuk membuat penilaian ulasan dari ahli panel. ![]() Dalam forum tersebut, MK banyak memberikan soalan berkaitan asas perjuangan oraganisasi, penjelasan kekeliruan sesetengah pihak akar umbi serta harapan mereka sebagai pemimpin organisasi yang melabelkan Kimaragang sebagai nama. Baintin dalam ulasannya agak kecewa senario tanggapan negatif sesetengah pihak mengenai kewujudan 2 organisasi ini. Beliau mengatakan bahawa perkara ini mungkin disebabkan kurang kefahaman mengenai perjuangan PKSB dan berjanji akan berusaha memperjelaskannya sehingga ke akar umbi. Janathan juga sependapat dengan Baintin dalam hal ini dan akan berusaha untuk memberikan kefahaman secara menyeluruh berkaitan perjuangan PKM. "Pada masa ini saya sudah mula memberitahu ahli-ahli PKSB melalui ucapan saya dalam mesyuarat dan program yang dianjurkan berkaitan PKM adalah pelengkap kepada perjuangan kami. PKM jelas mampu menjana idea yang boleh memacu Kimaragang ke depan sebab ahli majlisnya terdiri dari golongan berpendidikan tinggi dan kami (PKSB) akan memperjuangkan hak Kimaragang atas kapasiti kami kerana perlembagaan PKSB membolehkan kami bersuara berkaitan ini.", jelas Baintin. ![]() Ditanya berkaitan objektif pertubuhan, Janathan mengulas bahawa PKM akan memberikan tumpuan dasar Kimaragang untuk menjadikannya bersatu padu, maju dan menarik. Kedua-dua presiden ini mempunyai harapan yang sama agar Kimaragang akan menjadi bangsa yang berkredibiliti, mampu dalam segala aspek, berpendirian dan dikenali sebagai satu nama iaitu BANGSA KIMARAGANG. ![]() Forum ini berakhir lebih kurang jam 1.00 pagi. Media Kimaragang akan memaparkan rakaman video ini melalui saluran media di internet. Media Kimaragang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua presiden yang berusaha dalam mengemudi pemartabatan bangsa Kimaragang. |
Sumber : |
Monday, 27 June 2011
KITA TIDAK BERSAING UNTUK CAPAI VISI BANGSA KIMARAGANG
Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 01:59 |
![]() Kota Kinabalu, 26 Jun, 2011: Bangsa Kimaragang tidak bersaing untuk mencapai visi bangsa Kimaragang. Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok dalam kenyataannya hari ini berkata dasar Pertubuhan Kimaragang Malaysia menjadikan apa-apa sahaja yang menghalang usaha mencapai visi bangsa Kimaragang sebagai tidak releven. "Kita tidak terganggu dengan apa-apa tindakan untuk gagalkan usaha mencapai visi kita. Kita sudah tetapkan visi dan fokus kita ialah usaha capai visi itu. Jika ada yang tidak setuju, kita jadikan mereka tidak releven. Kita tidak lari fokus untuk capai visi" Katanya. Menurutnya lagi, visi bangsa Kimaragang adalah luhur dan sebarang usaha untuk menentangnya adalah menyalahi nilai hidup bangsa Kimaragang. " Visi kita ialah menjadikan bangsa Kimaragang bersatu padu maju dan menarik adalah luhur. Jika ada yang menentang, rakyat akan bertanya, mengapa perkara yang baik tidak disokong?" Katanya. Janathan berkata fokus Pertubuhan Kimaragang Malaysia adalah memimpin kejayaan bangsa Kimaragang dan pertubuhan itu tidak membuang masa untuk mengurus kegagalan. Menurutnya, pertubuhan itu mendefinisikan bahawa sebarang usaha untuk mencapai sesuatu yang berorientasikan penyelesaian masalah adalah pengurusan kegagalan. " Kita tidak mahu dikenang sebagai pertubuhan yang mengurus kegagalan sebab fokus kita jelas, menjadikan bangsa Kimaragang bersatu maju dan menarik" Katanya. Janathan berkata setiap pejuang baru bangsa Kimaragang wajib menghayati visi bangsa Kimaragang terlebih dahulu sebelum berjuang. Hanya sesudah menjiwai visi ini barulah seseorang pejuang itu mendapat sokongan rakyat. " Jika rakyat tahu, dia berjuang untuk visi ini, rakyat tetap sokong tanpa mengira berjuang atas nama sukarelawan atau politik. Yang kritikal, orang itu menjiwai visi bangsa Kimaragang." Menurut Janathan rakyat adalah bijak dan cenderung untuk bersatu menentang tindakan yang tidak menguntungkan mereka dan pejuang bangsa Kimaragang tidak ada pilihan melainkan bertindak dalam kontek apa yang rakyat perlukan. |
KITA LAMBAT KUAT KERANA LAMBAT PUNYA NAMA
Written by Media Kimaragang on Sunday, 26 June 2011 12:28 |
![]() |
kuat kerana lambat muncul dengan namanya sebenar.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok ketika dihubungi wartawan
Media Kimaragang Online hari ini. Menurut Janathan,
beratus tahun bangsa ini tampil dengan nama klasiknya,
bangsa Dusun dan kemudian Kadazandusun, terlupa nama sebenar bangsa yang mendiami Tandek dan Pitas, ialah bangsa
Kimaragang. Menurut Janathan, sesuatu etnik kecil
wajib tampil dengan nama sebenarnya supaya identitinya tidak tenggelam dengan etnik besar dalam rumpun yang sama.
Jika etnik itu mempunyai tanah tumpah darah maka
etnik itu layak dipanggil sebagai bangsa.
Malangnya, kerana berasa tidak yakin, etnik kecil itu terus berpaut pada rumpun besar beratus tahun lamanya.
Katanya lagi, zaman untuk etnik kecil berpaut pada nama rumpun
besar sudah tidak releven lagi dan etnik kecil wajib bangkit dengan namanya sendiri.Kepada suatu soalan tentang
konflik yang mungkin timbul jika etnik kecil muncul
dengan nama sendiri, Janathan berkata, " Tidak ada
masalah sebab kita bukan tidak mengaku orang Kadazandusun.
Kita hanya mahu dikenal sebagai bangsa Kimaragang sahaja.
Malahan surat lahir kita tetap bangsa Dusun atau Kadazan." Menurut Janathan, jika bangsa Kimaragang kekal muncul
sebagai orang Kadazandusun maka banyak peluang
terlepas yang sepatutnya hak bangsa Kimaragang
tetapi jatuh ke tangan pihak yang bukan berhak dari
segi moral dan etika. Keadaan ini, tambahnya,
dapat dielakkan jika bangsa Kimaragang tampil dengan nama sebenar, Kimaragang.
SUMBER : www.kimaragang.com
Sunday, 26 June 2011
Kimaragang mencipta sejarah

Written by Media Kimaragang on Saturday, 25 June 2011 19:51 |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kunjungi laman facebok khas mengenai program ini di sini. SUMBER : www.kimaragang.com |
Thursday, 23 June 2011
Prof. Dr. Jualang mahu martabatkan Kimaragang
Written by Media Kimaragang on Thursday, 23 June 2011 16:37 |
![]() |
Prof. Madya Dr. Jualang @ Azlan Abdullah Bin Gansau. Dalam perjumpaan itu Dr. Jualang menyatakan rasa gembira berkaitan situasi kini berkaitan penyatuan minda dan perjuangan antara dua organisasi Kimaragang iaitu Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu. "Ini menepis tanggapan orang luar bahawa berlaku perpecahan dalam Kimaragang", kata beliau yang juga mantan Timbalan Dekan Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sabah.
http://kimaragang.com/component/content/article/44-perpaduan/73-dr-jualang-mahu-martabatkan-kimaragang-.html
Penyatuan Kimaragang
Written by Media Kimaragang on Tuesday, 21 June 2011 21:09 |
![]() 16 JUN 2011, Likas, Kota Kinabalu : Dalam memacu sebuah bangsa menjadi bangsa yang menarik dan kuat, kunci utama ialah persefahaman untuk bersama-sama dalam perjuangan tersebut. Teori beberapa pihak bahawa berlaku konflik dalam Kimaragang kini terjawab dengan pertemuan mesra antara Presiden Kimaragang Malaysia (PKM),Tuan Janathan Kandok dan Presiden Kimaragang Sabah Bersatu (PKSB), Tuan Baintin A. Halim Adun. Baintin menjawab persoalan mengenai isu konflik ini kepada Kimaragang Media (KM) bahawa beliau tidak sama sekali mempunyai tanggapan negatif kewujudan PKM malah menganggapkan ianya adalah satu perkembangan yang sangat sihat kerana PKM dianggotai dalam majlis tertingginya oleh pemikir-pemikir yang terdiri dari golongan cendikiawan dan mampu mengarahkan Kimaragang menjadi bangsa yang bertamadun. Beliau menambah lagi bahawa setiap organisasi ini mempunyai kelebihan dan keupayaannya yang tersendiri. Janathan memberikan ulasan bahawa isu konflik ini dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk memporak-porandakan Kimaragang. Janathan menyeru warga Kimaragang di Wilayah Kimaragang (Tandek dan Pitas) agar tidak terpengaruh oleh pihak-pihak ini. Pertemuan ringkas ini berjaya memutuskan untuk mengadakan satu lagi pertemuan rasmi antara pemimpin-pemimpin Kimaragang di wilayah ini termasuklah Encik Hasnal Hj. Umar dan Encik Ruddy Awah dari Pitas yang akan diadakan pada ketetapan yang akan ditentukan termasuklah mengadakan sidang akhbar untuk memberitahu kepada masyarakat keseluruhannya bahawa Kimaragang akan bangkit menjadi bangsa yang bersatu padu, maju dan menarik. http://kimaragang.com |
Misi & Matlamat
Written by Media Kimaragang on Monday, 20 June 2011 20:30 |
![]() MISI Memberikan perkidmatan mewujudkan mekanisma-mekanisma pengurusan, mengekalkan warisan, penyelidikan dan pembangunan, latihan dan pembangunan, pemudahcara mendapatkan keperluan, meningkatkan imej, dan pembangunan kepimpinan kaum Kimaragang. MATLAMAT Mengukuhkan persefahaman dan persaudaraan masyarakat Kimaragang ke arah kemakmarun Malaysia. Melahirkan usahawan Kimaragang yang berdaya saing untuk menyumbang kepada ekonomi Negara. Mempertahankan warisan masyarakat Kimaragang untuk kepentingan generasi akan datang. Mengangkat bangsa Kimaragang ke tahap minda kelas pertama supaya dapat bersaing dalam arus perdana pembangunan negara. Menerbitkan, mengedar dan menjual bahan-bahan bacaan masyarakat Kimaragang untuk tujuan mengisi tabung Pertubuhan Kimaragang Malaysia. Menganjurkan kegiatan latihan dan pembangunan modal insan Kimaragang |
Tuesday, 7 June 2011
AGEN PERUBAHAN KIMARAGANG
Kata-Kata yang cukup bererti daripada Tuan Janathan Kandok (Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia)
PRESIDEN KIMARAGANG MALAYSIA MELAWAT PITAS
PRESIDEN KIMARAGANG MALAYSIA MELAWAT PITAS |
Kota Kinabalu, Selasa, 7 Jun 2011 : Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok akan melakukan lawatan ke Pitas pada 25 Jun ini. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung pertubuhan, Jeffry Dangus kepada Kimaragang Media Online. Menurutnya, inilah lawatan sulung pemimpin tertinggi pertubuhan itu ke Pitas. " Majlis tertinggi telah buat keputusan supaya Presiden turun padang menjelaskan halatuju pertubuhan " , katanya. Menurut Jeffry, Konvoi Sumombol Kobpanaian yang akan disertai Ahli Majlis Tertinggi akan mengiringi Presiden sepanjang lawatan tersebut. satu Jawatankuasa Khusus telah dibentuk yang diketuai pemimpin Kimaragang tempatan, Pak Shukri telah dibentuk untuk memudahcarakan lawatan tersebut. Dalam lawatan tersebut, Presiden akan bertemu dengan penduduk tempatan untuk menjelaskan visi, misi dan rukun Wilayah Kimaragang. " Sebagai Presiden Pertubuhan ini, beliau wajar memberi kefahaman kepada rakyat tentang perjuangan pertubuhan ini" Katanya. |

"Mempertahankan warisan masyarakat Kimaragang untuk kepentingan generasi akan datang".