Written by Media Kimaragang on Monday, 04 July 2011 15:37 |
Kota Kinabalu, 4 Julai, 2011: Presiden Kimaragang Malaysia, Haji Janathan Kandok menyeru lebih ramai dalam kalangan bangsa Kimaragang menjadi pejuang. Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Pengurus Tabar Kimaragang, MJasni Ahmad Shukri supaya mereka yang berbakat dan golongan berada tampil menjadi pejuang bangsa Kimaragang. Menurut Janathan, memang terdapat ramai yang berpotensi menjadi pejuang tetapi mungkin masih menunggu masa yang s esuai untuk berjuang. " Ramai yang ada bakat tetapi mungkin tunggu masa untuk berjuang. Mungkin ada yang sudah cuba dalam politik tetapi mundur sebab tiada pengalaman manis ketika berjuang, jadi kini mereka tunggu dan lihat," katanya. Janathan percaya bahawa jika seseorang itu berminat atas sesuatu dan mempunyai bakat atas apa yang diminati serta diperlukan oleh bangsa Kimaragang maka individu itu umpama emas bagi bangsa ini. "MJasni Shukri sangat berminat dalam IT sehingga sanggup meninggalkan perkhidmatan awam. bakat beliau sangat tinggi dan apa yang dia berbakat itu diperlukan bangsa Kimaragang. Tanpa sedikit keraguan, Mjasni umpama emas bagi Kimaragang," katanya lagi. Menurut Janathan yang juga mantan Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia, Sabah, individu seperti Mjasni inilah yang dialu-alukan menjadi pejuang bangsa Kimaragang kerana berpotensi membawa perubahan kepada bangsa dengan syarat perjuangan menepati keperluan rakyat. Menurutnya lagi, perjuangan yang memenuhi keperluan bangsa Kimaragang semasa ialah menjadikan bangsa Kimaragang bersatu padu, maju dan menarik. " Akan tiba saatnya bagi setiap perjuang untuk berjuang dan saat itu sudah tiba, sertailah perjuangan Pertubuhan Kimaragang Malaysia seperti yang dilakukan Mjasni," kata Janathan. |
Monday, 4 July 2011
SAAT ITU SUDAH TIBA: JADILAH PEJUANG KIMARAGANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Labels:
Bangsa Kimaragang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "SAAT ITU SUDAH TIBA: JADILAH PEJUANG KIMARAGANG"
Post a Comment