Komulakan Kimaragang tetapkan hala tuju:
Salimandut : 20/11/2011.
Komulakan Kimaragang Malaysia berjaya menetapkan hala tujunya bagi tempoh 2012-2016. Demikian dinyatakan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia, Yang Berbahagia Dr.Haji Janathan Kandok. Menurut beliau, Bengkel Komulakan Kimaragang Malaysia yang diadakan selama 2 hari telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh 145 orang peserta untuk menetapkan Visi Komulakan Kimaragang iaitu menjadikan wilayah kimaragang pengeluar utama hasil pertanian, penternakan, perikanan dan industri pelancongan di Wilayah Kimaragang.
Bengkel tersebut juga telah menghasilkan 3 resolusi iaitu:
a) Menubuhkan koperasi yang menguruskan pembangunan tanah bagi menjadikan wilayah kimaragang pengeluar hasil – hasil pertanian, penternakan, perikanan dan destinasi pelancongan yang utama di negeri sabah.
b) Mendapatkan tanah kerajaan bagi tujuan perusahaan pertanian, penternakan, agroculter dan industry pelancongan wilayah kimaragang.
c) Mengikhtiraf Pertubuhan Kimaragang Malaysia dan Persatuan Belia Kg.Salimandut sebagai badan yang bertanggungjawab menjadikan Resolusi Togomonggis menjadi realiti.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan peserta kursus mengemukakan permohonan tanah kerajaan secepat mungkin terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai tanah.
Beliau juga mengingatkan Komulakan Malaysia supaya bijak membezakan perjuangan berunsurkan politik dan yang berasaskan kesukarelawanan. Menurutnya, hala tuju Komulakan Malaysia adalah perjuangan yang akan dilakukan melalui kegiatan sukarela.
Bengkel Komulakan Kimaragang Malaysia adalah kesinambungan daripada resolusi Seminar Modal Insan yang dianjurkan oleh INPES (Institut Penilaian Sastera) yang telah mengenal pasti 22 fokus perjuangan Bangsa Kimaragang yang dimuatkan dalam Deklarasi Torongsoko 2008. Antara perjuangan berkenaan adalah Pembangunan sosio ekonomi bangsa Kimaragang